House of Nashya ;
profile affiliates free page refresh follow

disclaimer
about
 aummchakkk !
typical selfie(s)*
Hello, i'm nazatul nashya ramli . Currently studying at UiTM Lendu, Melaka. Love you & fOOdz.
I'm c o o l !
 Add Me Follow Me Follow Me

bored?
ask me anything


exo-l?
click these




blog archieve
have a look

  • The Most Scrumptious Delicious Kuih Keria Antaraba...
  • Bukan Kaki Kencing, Tapi Kaki Ngencess Lah
  • It's Your Day !
  • #FamVac at Pulau Besar, Melaka
  • Mee Bandung Muar (Second Try)
  • Eid Mubarak 2015
  • First and Last
  • #FamVac at Desaru Damai Beach Resort
  • Felt Case Buatan Sendiri
  • Kuih Pocong Hijau


  • chatting
    let's talking


    followers
    puhlisss

    instagram
    beep beep


    thankyou
    big clap


    Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseoby for the useful tuto and colourful backgrounds. TQ~!



    Thai Malay Expo Melaka 2016
    Tuesday | 0 comments
    Credit : Mr Google


    Sawadeekap ! Masuk pintu keluar tingkap !



    Fuh ni nak cerita ni. Semalam pergi expo makan-makan kat MITC Melaka (Thai Festival). Heehee. Punya semangat nak ke sana sebab makanan thai. Teringin... Nak dikata jauh dari rumah tu takdelah jauh mana, nak kata dekat tak juga. Dlm sejam jugalah baru sampai sana. Tiba je sana, fuh ramai gilos orang ! Masuk-masuk je nampak orang que panjang-panjang utk beli makanan. Ape yang aku nampaklah, diorang que nak beli aiskrim kelapa, air mango & ape lagi ntah. Tu yang buat aku tak sabar. First of all, kami round-round je dulu. Tengok-tengok, jeling-jeling. Hahahaaa. Barulah nampak ada khemah dia sediakan utk pengunjung duduk & makan kat situ. Full ! Tapi disebabkan mak pantas serta cekap (HAHA) , tak sampai 10 minit dah dapat tempat duduk. Fuh mak, you're the best !

    Dapat tempat aje, suruh makcik guwa jagakan seat, pastu apalagi....aku me-round-lah ke tempat jual-jual tu dengan abg aku. Jalan punya jalan, tengok satu gerai ni macam best, gerai jual SOMTAM. Weh, nak cuba weh ! Suruh abg aku beratur situ, aku pergi gerai sebelah dia, beratur nak beli Thai coconut ice-cream~

     Ni lah gerai coconut ice-cream tuh

    Gerai Somtum

    Agak lama jugalah beratur untuk dapatkan somtum & aiskrim kelapa. Untuk Somtam, harganya RM 6. Aku beli somtum mangga. Ada somtum betik, somtum seafood and somtum betik + mangga jugak. Somtum ni kira macam rojak lah jugek. Kuah pedas-pedas dia tu da best ! Ada sikit kekacang, tomato, taugeh dan mangga (tak masam langsung). 

    Still tak boleh lupa rasa diaaaaa

    Yang Thai Coconut Ice-Cream ni korang memang patut cuba ! Lemak gila bakhang. Harga dia RM 7 (small portion haha) ~ Apa yang menarik, aiskrim kelapa tu diorang buat sendiri. Sedap lahhhhh. Pastu, ade pulut, jagung, isi kelapa dengan buah (tak tahu buah apa, sebab aku x merasa buah dia hahaha).

    Amacam ? Nak ?

    Bukan dua makanan ni aje dibelinya, ada lah jugak keropok lekor (RM 1 - 4 batang) , cucur udang (RM 8 - 2 ketul) , Churros (RM 5 - 6 batang) dengan Teh Ais kaw. Tak tahulah teh tu Teh Golok atau teh biasa RM 4 - cawan tinggi). Tapi rasa dia macam teh kat mamak kihkihkih.

    Laku keras nampaknya

    Straw biru merah JDT

    Ayam yang tak sempat dibeli ~

    Bukan gerai makanan je ada, gerai pakaian dan kasut jugak ada. Blouse yang pattern sekarang ni murah sahajooo. Starting from RM 25 ke atas. Memang juling. Kahkahkah.


    Okay, pada sesiapa yang berminat nak pergi, boleh je datang. Masih sempat lagi sebab last day dia 3 November ni (2 hari lagi) ~ Dekat MITC tu haa, dia buat kat luar. Sampai je sana, mesti nampak khemah-khemah dia. Waktu buka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ada show juga, tapi pukul 9 malam lah huhu.





    thesuperb,
    -nazatulnashya-