House of Nashya ;
profile affiliates free page refresh follow

disclaimer
about
 aummchakkk !
typical selfie(s)*
Hello, i'm nazatul nashya ramli . Currently studying at UiTM Lendu, Melaka. Love you & fOOdz.
I'm c o o l !
 Add Me Follow Me Follow Me

bored?
ask me anything


exo-l?
click these




blog archieve
have a look

  • Eid Mubarak 2015
  • Membawa Diri ke Melaka
  • First and Last
  • #FamVac at Desaru Damai Beach Resort
  • Felt Case Buatan Sendiri
  • Kuih Pocong Hijau
  • Apa Boleh Buat Dengan Vaseline ?
  • Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!
  • Kad Raya Dari Nabila Medan !
  • Hadiah Rezeki #5 Dah Selamat Sampai !


  • chatting
    let's talking


    followers
    puhlisss

    instagram
    beep beep


    thankyou
    big clap


    Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseoby for the useful tuto and colourful backgrounds. TQ~!



    Resepi Mee Bandung Muar (Second Try)
    Wednesday | 0 comments
    Hai Assalamualaikum Selamat Petang :)

    Apa khabar semua? Haih lama dah tak post entry kat blog. So, acano kamu semua? Sihat? Kihkihkih.

    Okay, entry kalini aku nak share kat korang resepi Mee Bandung Muo. Wehuu. Setelah cubaan kedua, akhirnya berjaya juga aku buat. Feeling? Gila ko tak happy, dapat pujian daripada family. Sebab cubaan pertama kurang menyengat rasanya. Amboi :P 

    So, nak menyenangkan diri supaya tak melecehkan diri, aku guna pes yg da siap tu. Hahaha. Mesti korang kata "Hek eleh, guna rencah da siap aku pon boleh buat. Pigidahhhh." Hmm bagi aku, guna rencah da siap dlm pack pon mencabar juga tau sebab aku ni bukanlah chef bertaraf hotel 14 bintang. Haa apalagi, moh le kita start !

    Pergi kedai, cari perencah Mee Bandung Muar brand Adami dulu ya. Not so sure kat area selain Muar ade jual ke tak, tapi aku beli ni memang kat Muar. Al maklum lah, saya orang Muooo.

    (Credit to Encik Google)

    Bahan-Bahan :

    Sepeket perencah Mee Bandung Muar Adami
    Sebungkus mee kuning gemuk comel
    Seikat sawi - dipotong
    1/2 kg daging - dipotong dan direbus (Air rebusannya jangan dibuang)
    10 ekor udang (dibuang kepala)
    Sebiji tomato - dibelah empat (nak 2 biji pon boleh)
    Kacang tumbuk - ikut citarasa
    Daun bawang
    Bawang kecil - 5 ulas (dikisar)
    Bawang putih- 2 ulas (dikisar)
    5 biji telur ayam
    2 keping fish cake
    1 kiub daging
    5 sudu cili kisar (tambah rasa pedas)
    Air tepung jagung (tepung jagung + air sahaja)
    Garam atau Gula ditambah jika perlu

    Masa untuk Memasak !

    1) Tumiskan bawang kecil dan bawang putih yang dikisar bersama cili kisar sehingga naik bau.
    2) Kemudian, masukkan perencah Mee Bandung Muar Adami dan kacau.
    3) Tambahkan air rebusan daging dan air biasa. Biarkan mendidih sekejap.
    4) Masukkan udang, daging serta kiub daging dan biarkan mereka terjun di dalam periuk dengan gaya yang menarik.
    5) Selepas itu, masukkan pula fish cake dan kacang tumbuk, renehkan sebentar.
    6) Last sekali, baru masukkan tomato dan sayur sawi. Rasa dulu kuah, tambah garam atau gula jika perlu.
    7) Tambahkan air tepung jagung, dan kacau sebati. Tujuannya untuk memekatkan kuah.
    8) Di dalam periuk lain, rebuskan telur dan masukkan di dalam kuah mee bandung tadi. Ini untuk elakkan daripada rasa hanyir telur.
    9) Jangan lupa untuk mencelur mee kuning ! Siap untuk dihidangkan dengan penuh rasa sayang hei rasa sayang sayang hei.

    Note :

    Aku asingkan mee dengan kuah. Pastu, masa nak hidangkan, mee letak dalam pinggan, curahkan kuah yang lazat dan taburkan daun bawang serta bawang goreng dengan gembiranya.


    Okay, itu sahaja resepinya. Selamat mencuba & share ya :) Sekian terima kasih. Ada selitkan gambar Mee Bandung Muar oleh Chef Nazatul Nashya. Sila tepuk tangan.






    thesuperb ,
    -nazatulnashya-